Tuesday 27 August 2013

Pakej andaman pengantin MURAH MURAH..

Hai..
Khaleesa sekarang mengadakan pakej Andaman pengantin murah - murah... sesuai untuk membantu golongan pengantin yang bajetnya terhad.. yelaa kalao boleh, memang nak majlis pertunangan..pernikahan atau persandingan kita ni vogue the vass.. tapi apakan daya, "kalau aku kayaaa.." boleh la hari - hari raya..

Cepat - cepat call/sms Khaleesa untuk tempahan Andaman sempena hari bersejarah anda..
Murah - murah saja..

Make up Nikah/ sanding RM300 per sesi. Jika ambik dua2..saya diskaun kepada RM500 sahaja.
Make up dinner/konvo/photoshoot/pengapit pengantin/kaum kerabat pengantin/corporate event dan sebagainya RM80 sahaja

Saya menggunakan 100% product M.A.C original ya.
Tak lupa juga, saya adalah student SUE HASHIM dan SAIDATULNISA (kakak penyanyi ella tuuu)

Turut menawarkan sewaan baju pengantin atau perkhidmatan membuat baju pengantin yang
baru..

Cepat2 call/SMS Khaleesa 010-9312040.







Monday 12 August 2013

Andaman pengantin serendah RM300. Menggunakan produk MAC original

Hai semua,
Dapatkan Andaman pengantin serendah RM 300.
Percuma trial make up,
Percuma travel charges,
Surprise free gift daripada Khaleesa Beauty House
Call SMS khaleesa 010-9312040

Gubahan hantaran pun boleh.
Upah murah - murah je, RM10 bagi setiap gubahan

Jangan Lepaskan Peluang ini.

klik link di bawah untuk link ke Kahwin mall:
<a href="http://www.kahwinmall.com/index.php?ref=direktori&user_id=7354"><img style="border:0;" src="http://www.kahwinmall.com/client/images/badge.gif" /></a>

Monday 8 July 2013

KELAS FACIAL MURAH!!

Hai semua..
Ramadhan belum menjelang lagi..esok menjelang la dia.
Tapi kita ni dah start pikir baju raya..biskut raya..perabot raya..
Tapi jangan lupa..MUKA pun nak raya juga..
biasalaaa pompuan!!! hehehe

Muka yang ALLAH berikan ni memang kene jaga. Muka la asset utama diri kita... First impression orang mesti jatuh pada muka kita.. kadang - kadang orang umur 50 tahun pun kita boleh tersalah agak jika dia menjaga penampilannya dengan baik, especially tang muka la..tak kedut, dressing pun kalah anak dara..

So..Khaleesa Beauty House kali ini nak mengajak anda semua yang obsess terhadap wajah masing - masing dan juga wajah orang lain..(macam aku, sebab aku nak semua wanita cantik2 belaka) untuk join kelas facial di Khaleesa Beauty House. Jom tengok butir - butir kelas tersebut:

Tajuk Kelas: KELAS FACIAL
Tarikh / Hari: Anda tentukan. Digalakkan masa hujung minggu (mutual understanding. atas persetujuan bersama)
Masa: Jam 10 pagi
Tempat: Di Khaleesa Beauty House, Jalan Desa Pandan, KL
Topik yang diajar:
 - Cara mengenal jenis - jenis kulit. Analisa kulit.
 - Pengenalan kepada peralatan dan bahan - bahan yang diperlukan di dalam facial.
 - Praktikal one-to-one untuk facial normal/kolagen/resdung/jerawat/vitamin C/gold
 - Pelajari penggunaan mesin ultrasonic/galvanic/infrared
 - Pelajari teknik extraction blackhead/whitehead
 - Pelajari teknik urutan wajah
 - Topik tambahan untuk start bisnes mobile spa.
 - Bantuan konsultasi facial dan spa seumur hidup (tak tipu!!! ilmu yang ada perlu dikongsi bersama)

Yuran Kelas: RM 80

Makan/Minum disediakan
Nota kursus diberikan
Sijil disampaikan setelah tamat kelas nanti

Ada free-gift menanti anda

Cepat!!! Tempat terhad

Call/SMS Khaleesa 010-9312040 untuk tempah tempat anda sekarang!

Friday 5 July 2013

PERBEZAAN ANTARA FACIAL SERUM VS MOISTURIZER.. yang mana satu perlu??


Apakah Perbezaan antara “Facial Serum vs Facial Moisturizer?”

Kalo boleh…setiap hari kita nak yang terbaik untuk muka kita.

Hari – hari nak cuci muka dengan cleansing milk…cleanser foam..scrub muka lagi..pakai mask..toner..serum..moisturizer..sunblock..foundation..dan macam2 lagilah..

Biasalaaaa pompuan!!

Baguslah macam tu.

Kene jaga muka daripada usia remaja lagi..barula lambat kedut keluar. Awet muda giteww. 

So topik kita arini ialah yang mana satu penting..facial serum atau moisturizer sahaja dah cukup???

Facial Serum:

·         sebenarnya memberikan tambahan kelembapan kepada muka kita. Satu sebab penting kenapa facial serum diperlukan ialah kerana facial serum boleh tembus masuk dan menyampaikan nutrient ke lapisan kulit dalam, manakala moisturizer tidak dapat bertindak sejauh itu.

·         Terdapat banyak jenis serum di pasaran sekarang antaranya ialah anti-aging serum, skin brightening, dan ada juga acne preventive serum.

·         Cara pemakaian serum ialah dengan menyapukan facial serum selepas toner, dan sebelum menggunakan moisturizer.

·         Moisturizer mempunyai saiz molekul yang besar, dan tidak dapat menembusi kulit ke lapisan yang lebih dalam berbanding facial serum.

·         Perlukah saya menggunakan facial serum atau cukup dengan moisturizer sahaja???

o   Sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang perlu diatasi, seperti jerawat, jeragat, kulit muka kusam, atau kedutan halus sebagai tanda-tanda awal penuaan, maka anda memerlukan facial serum. Tapi jika anda gembira dengan keadaan kulit muka anda dengan rutin moisturizer sahaja, maka teruskan sahaja rutin tersebut.
 
 
KHALEESA BEAUTY HOUSE menawarkan perkhidmatan facial and spa berkualiti tinggi pada harga yang berbaloi-baloi. Jom rilex-kan diri anda ke KBH. Dapatkan Facial and spa treatment anda pada harga berikut:
 
Normal Facial RM30.
Serum Treatment Facial (Hydration/Collagen/Vitamin C/Whitening/Peeling/Gold) RM50.
Double Serum Treatment RM60
Body Scrub RM40
Sauna 30minit RM20

Call/sms Khaleesa beauty house 010-9312040 untuk facial and spa treatment anda sekarang !!
 
 
 

Friday 7 June 2013

FACIAL MURAH DAN BERBALOI - BALOI

Promosi Facial di Khaleesa Beauty House.

Dear family and friends, here is the special offer at KHALEESA BEAUTY HOUSE,

MAKE OVER MURAH. BERBALOI-BALOI!!
-Tunang/nikah/sanding RM200.
-Special events/dinner/convo/photography shooting/trial make over/risik/pengapit/corporate event/etc RM50.
-harga adalah bagi cover area KL sahaja....luar kawasan don't worry, boleh nego.
 

 SPA TREATMENT MURAH LAGI BEST!!
-Normal facial RM30
-Treatment facial (collagen/vitamin C/hydration/peeling/whitening/gold serum) RM50
-Double serum treatment facial (combine 2 jenis serum dalam sekali facial treatment) RM60
-Body scrub (Halia/kopi/manggis/susu) RM50
-Sauna 30 minit RM30

SMS/call Khaleesa Beauty House 010-9312040 SEGERA!!
 
 

Wednesday 23 January 2013

KURSUS MAKE UP BERSAMA DIOR PROFESSIONAL MAKE UP ARTIST

HAIIII SEMUA.. KHALEESA BEAUTY HOUSE AKAN ADAKAN KELAS MAKE UP PADA TARIKH - TARIKH YANG BERIKUT:

2 FEB 2013
16 FEB 2013

Kelas akan diadakan setiap hari sabtu, jam 2.00 petang

Tempat di Khaleesa Beauty House, No. 123, Jln Kg Pandan, 55100 KUALA LUMPUR. Sederet Andalusia Travel and Tours. Bawah Pusat Tuisyen Wawasan Bintang.

Makan, minum, sijil..semuanya disediakan

Cepatttt.. tempat terhad.. kami mementingkan kualiti daripada kuantiti

Yuran RM 100 je.

Call SMS ida 010-9312040

PERCUMA DIOR MASCARA BERNILAI RM 121.00



Thursday 17 January 2013

Gubahan Hantaran Perkahwinan MURAH..MURAH..MURAH

 
Semuanya berharga RM 30..
Semuanya milik anda sempena kenangan hari paling bahagia..
Diskaun 20% untuk tempahan RM 200 dan ke atas