Friday 5 July 2013

PERBEZAAN ANTARA FACIAL SERUM VS MOISTURIZER.. yang mana satu perlu??


Apakah Perbezaan antara “Facial Serum vs Facial Moisturizer?”

Kalo boleh…setiap hari kita nak yang terbaik untuk muka kita.

Hari – hari nak cuci muka dengan cleansing milk…cleanser foam..scrub muka lagi..pakai mask..toner..serum..moisturizer..sunblock..foundation..dan macam2 lagilah..

Biasalaaaa pompuan!!

Baguslah macam tu.

Kene jaga muka daripada usia remaja lagi..barula lambat kedut keluar. Awet muda giteww. 

So topik kita arini ialah yang mana satu penting..facial serum atau moisturizer sahaja dah cukup???

Facial Serum:

·         sebenarnya memberikan tambahan kelembapan kepada muka kita. Satu sebab penting kenapa facial serum diperlukan ialah kerana facial serum boleh tembus masuk dan menyampaikan nutrient ke lapisan kulit dalam, manakala moisturizer tidak dapat bertindak sejauh itu.

·         Terdapat banyak jenis serum di pasaran sekarang antaranya ialah anti-aging serum, skin brightening, dan ada juga acne preventive serum.

·         Cara pemakaian serum ialah dengan menyapukan facial serum selepas toner, dan sebelum menggunakan moisturizer.

·         Moisturizer mempunyai saiz molekul yang besar, dan tidak dapat menembusi kulit ke lapisan yang lebih dalam berbanding facial serum.

·         Perlukah saya menggunakan facial serum atau cukup dengan moisturizer sahaja???

o   Sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang perlu diatasi, seperti jerawat, jeragat, kulit muka kusam, atau kedutan halus sebagai tanda-tanda awal penuaan, maka anda memerlukan facial serum. Tapi jika anda gembira dengan keadaan kulit muka anda dengan rutin moisturizer sahaja, maka teruskan sahaja rutin tersebut.
 
 
KHALEESA BEAUTY HOUSE menawarkan perkhidmatan facial and spa berkualiti tinggi pada harga yang berbaloi-baloi. Jom rilex-kan diri anda ke KBH. Dapatkan Facial and spa treatment anda pada harga berikut:
 
Normal Facial RM30.
Serum Treatment Facial (Hydration/Collagen/Vitamin C/Whitening/Peeling/Gold) RM50.
Double Serum Treatment RM60
Body Scrub RM40
Sauna 30minit RM20

Call/sms Khaleesa beauty house 010-9312040 untuk facial and spa treatment anda sekarang !!
 
 
 

No comments:

Post a Comment